Manisan Dunia
Purnama bersilang beri senyuman,
Cahaya melayang memberi salam,
Pemanis hari setia menanti,
Gembira sehari duka berganti.
Makna,
Dunia, sememangnya menjanjikan sebuah kemanisan/ kegembiraan yang penuh dengan pengharapan dunia. Ditambah dengan sifat manusia yang mudah lalai dengan janji dunia, tanpa memikirkan apa yg dinamakan AKHIRAT.
#AKHIRAT DIDEPAN.
#IMPIANAA
Saturday, 28 April 2018
Monday, 12 February 2018
Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian (Geografi) UKM.
Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian (Geografi)
Urusan pemilihan kemasukan pelajar tidak dikendalikan oleh pihak Program atau Pusat tetapi dalam bidang kuasa Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Kementerian ini bertanggungjawab menyelaraskan dasar pemilihan dengan situasi pembangunan negara dan ketetapan Kabinet.
Pemohon perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat keperluan khas program seperti berikut:
Syarat Kelayakan Masuk:
a. Kelayakan minimum calon STPM/setaraf
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik;
- Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
- Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan,
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
- Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)
b. Kelayakan minimum calon Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik;
- Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
- Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
- Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)
c. Kelayakan Minimum Calon Kelayakan Setaraf
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik;
- Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
- Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)
d. Syarat khas
- Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut:
- Geografi
- Ekonomi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan
- Satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab
- Sejarah
- Kesusasteraan Melayu
- Literature in English
- Ekonomi
- Syariah
- Usuluddin
- Perkauanan
- Pengajian Perniagaan
- Perkomputeran
- Matematik S
- Calon yang tidak mempunyai kelulusan Gred C mata pelajaran Ekonomi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan di peringkat STPM perlu lulus dengan sekurang-kurangnya 6C dalam mata pelajaran Prinsip Akaun/ Perdagangan / Ekonomi Asas di peringkat SPM.
Kriteria dan syarat kemasukan yang diberikan oleh pihak Fakulti melalui Universiti akan dinilai, dilulus dan disahkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Seterusnya pihak BPKP akan menggunakan syarat ini untuk menyaring permohonan dan memilih pelajar.
SILA LAYARI LAMAN INI UNTUK KETERANGAN LANJUT:-
***Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan Dan Persekitaran***
Teruskan usaha untuk mencapai Kejayaan yang lebih manis dengan semangat ingin mengubah kehidupan. Sekadar perkongsian sahaja. UKM untuk semua!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)